Thursday, October 31, 2013

Sisipan Info: 10 Perkara Tidak Boleh di Facebook



Tarikh Lahir

Mendedahkan tarikh lahir sebenar adalah sangat berisiko tinggi, ia turut mendekatkan kamu kepada kecurian identiti.

Nama Ibu

Kamu perlu ingat bahawa banyak laman web menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai kamu menerusi talian.

Alamat Rumah

Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman kamu kepada umum kerana penjenayah kini licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila kamu update status: "Yeay, cuti-cuti Malaysia ke Sabah..."

Nombor Telefon

Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana kamu berpotensi untuk menerima panggilan daripada jurujual (telemarketers), stalkers dan rakan kepada rakan kamu.

Gambar yang Tidak Sesuai

Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai 'pemuas nafsu'.

Perjalanan Jauh dari Rumah

Status yang memberitahu ketiadaan kamu di rumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah kamu sebaliknya menarik perhatian 'orang lain'.

Meninggalkan Rumah Dalam Tempoh yang Singkat

Jika kamu 'check-in' sama ada di gimnasium atau di pusat membeli belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memcah masuk ke rumah kamu.

Pengakuan atau Kekecewaan

Jangan 'maki' majikan/pihak sekolah kamu jika kamu mempunyai masalah di pejabat/sekolah kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.

Gambar di Dalam Rumah

Kamu mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah dilengkapi dengan barang-barang berharga? Semua itu akan membuatkan 'si cemburu' bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah kamu sangat tinggi.

Mengira Detik Percutian

Lebih baik kamu memberitahu rakan-rakan berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada kamu berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.


Monday, October 28, 2013

LAPORAN: Program Hajj Journey



SRA JAIM Taman Datuk Tamby Chik Karim,  23 Oktober - Program Hajj Journey yang telah berlangsung tempoh hari mendapat perhatian lebih 300 orang pelajar sekolah ini. Walaupun terdapat kekangan masa dalam menjalankan aktiviti untuk setiap lapisan umur, semua aktiviti yang berlangsung dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Guru Besar sekolah tersebut, Ustaz Suhoffpi Mohamad berkata, pelaksanaan program akan lebih tersusun sekiranya program tersebut dapat dijalankan selama dua (2) hari memandangkan peruntukan masa yang terhad bagi setiap aktiviti. Walaubagaimanapun, program tersebut mampu menarik minat para pelajar untuk hadir ke sekolah bagi menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang dikelolakan oleh perpustakaan desa. Menurutnya, kehadiran pelajar pada hari tersebut adalah di luar jangkaan kerana pada hari-hari lain kehadiran para pelajar semakin berkurangan.

Ujarnya, program yang bertemakan Sambutan Haji yang dikelolakan oleh perpustakaan desa itu bukan sahaja mampu memberi ilmu yang bermanfaat berkaitan haji malah dapat mendedahkan setiap individu kepada peranan perpustakaan desa yang terdapat di seluruh negeri.

SUASANA PROGRAM HAJJ JOURNEY

Darjah 4: Hajj Mubarak Bookmark



Darjah 5: Dekokraf Qurban Banner




Darjah 6: Hajj Mobile




Darjah 1: Pertandingan Mewarna Hajj Mubarak

Darjah 2: Topeng Haiwan Qurban




Darjah 3: Qurban Puppet Stick