Monday, October 28, 2013

LAPORAN: Program Hajj Journey



SRA JAIM Taman Datuk Tamby Chik Karim,  23 Oktober - Program Hajj Journey yang telah berlangsung tempoh hari mendapat perhatian lebih 300 orang pelajar sekolah ini. Walaupun terdapat kekangan masa dalam menjalankan aktiviti untuk setiap lapisan umur, semua aktiviti yang berlangsung dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Guru Besar sekolah tersebut, Ustaz Suhoffpi Mohamad berkata, pelaksanaan program akan lebih tersusun sekiranya program tersebut dapat dijalankan selama dua (2) hari memandangkan peruntukan masa yang terhad bagi setiap aktiviti. Walaubagaimanapun, program tersebut mampu menarik minat para pelajar untuk hadir ke sekolah bagi menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang dikelolakan oleh perpustakaan desa. Menurutnya, kehadiran pelajar pada hari tersebut adalah di luar jangkaan kerana pada hari-hari lain kehadiran para pelajar semakin berkurangan.

Ujarnya, program yang bertemakan Sambutan Haji yang dikelolakan oleh perpustakaan desa itu bukan sahaja mampu memberi ilmu yang bermanfaat berkaitan haji malah dapat mendedahkan setiap individu kepada peranan perpustakaan desa yang terdapat di seluruh negeri.

SUASANA PROGRAM HAJJ JOURNEY

Darjah 4: Hajj Mubarak Bookmark



Darjah 5: Dekokraf Qurban Banner




Darjah 6: Hajj Mobile




Darjah 1: Pertandingan Mewarna Hajj Mubarak

Darjah 2: Topeng Haiwan Qurban




Darjah 3: Qurban Puppet Stick




Friday, October 18, 2013

Program Hajj Journey



Program "Hajj Journey" merupakan aktiviti galakan membaca yang akan melibatkan seluruh pelajar serta guru-guru SRA (JAIM) Taman Datuk Tamby Chik Karim. Program yang bertemakan Sambutan Haji ini diadakan adalah untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti di luar kelas di samping memperoleh ilmu berkaitan haji. Program ini juga dapat mendedahkan fungsi perpustakaan desa kepada masyarakat terutama sekali kepada para pelajar khususnya.

Berikut adalah aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program berlangsung:-


Sila rujuk LAPORAN yang disediakan.

Senarai Buku Baru



Penerimaan buku pada 18 Julai 2013 :-


Dialog Editor - Penulis



Anjuran   : Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
Tarikh      : 19 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa          : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat    : Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)

Penulis, bakal penulis, pereka bentuk, ilustrator dan sesiapa yang berminat dijemput hadir.

Thursday, October 10, 2013

Jadual Aktiviti Oktober 2013



TARIKH

MASA AKTIVITI PESERTA CATATAN
1.10.2013 - 31.10.2013 Spjg Hari   Pameran Jelajah Haji Terbuka
12.10.2013 (Sabtu)

2.30 pm

3.30 pm

3.45 pm

  Pertandingan Mewarna sempena
  Raya Haji

  Jom Bercerita: Ibadat Haji

  Hajj Day By Day Board

Tahap
1 & 2
Sila bawa pensel warna, color magic, gam dan gunting
19.10.2013 (Sabtu)

2.30 pm

3.30 pm

4.30 pm

  Hajj Day By Day Lapbook

  Hajj Fun Games for Kids

  Kenali Binatang Korban

Tahap
1 & 2
Sila bawa pensel warna, gunting & gam
26.10.2013 (Sabtu)

2.30 pm

3.30 pm

  Hajj Craft

  Puzzle: L. Ron Hubbard

Tahap
1 & 2
Sila bawa pensel warna, color magic, gunting, gam, hiasan, dsb