Tuesday, February 3, 2015

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)



EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia), dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010), dan bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat dan melahirkan idea dan aktiviti kerativiti dan inovasi.

Konsep 5S yang diaplikasi ke dalam EKSA:
( SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM, SENTIASA AMAL )

LATAR BELAKANG


MAMPU telah mengeluarkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010 yang mana agensi/jabatan di bawah Sektor Awam sudah boleh memperolehi Pensijilan Amalan 5S melalui pihak MAMPU (Bahagian Inspektrorat dan Pengiktirafan). Seperti sedia maklum selama ini Pensijilan 5S/QE (Sistem Persekitaran Berkualiti) di tunjangi oleh pihak MPC ( Perbadanan Produktiviti Malaysia) sejak tahun 80an lagi. Manakala tempoh pensijilan 5S ini adalah selama 2 tahun sekali.Berbanding tempoh Pensijilan 5S MPC setahun sekali.

Bagi merealisasi dan memantapkan lagi Amalan 5S Sektor Awam ini, pada tahun 2011 pihak MAMPU telah melaksanakan Program Training oF Trainers (ToT) Amalan 5S kepada Institut Latihan Awam. Sejak itu beberapa agensi/jabatan sektor awam mula memperolehi pensijilan 5S melalui pengauditan MAMPU. Sehingga tahun 2013 sejumlah 173 agensi/jabatan sektor awam telah memperolehi pensijilan ini.

Atas usaha untuk penjenamaan semula 5S Sektor Awam ini, dengan acuan sendiri dan tidak mengguna pakai nama 5S (berasal dari Jepun : Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke), maka pada tahun 2013, Makmal 5S dan Pilot Test EKSA telah dilaksanakan dengan menggunakan kriteria yang ditambah baik hasil perbincangan dan idea dari 'pakar-pakar' wakil agensi sektor awam yang telah memperolehi Sijil 5S Sektor Awam sebelum ini.

Seterusnya pada awal tahun 2014, ToT EKSA telah dilaksanakan dan telah menjemput hampir 80 peserta daripada pelbagai agensi Sektor Awam dan Institut Latihan Awam (ILA) yang terpilih untuk memberi penjelasan berhubung pelaksanaan EKSA dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif, memberi pendedahan dan kefahaman menyeluruh berhubung kriteria baru EKSA, menyediakan latihan amali berkaitan tatacara pengauditan EKSA dan juga melahirkan juruaudit yang terlatih dan berkaliber dalam program pengauditan dan pensijilan EKSA.

Dengan perancangan rapi MAMPU melahirkan juruaudit terlatih dan berkaliber, maka EKSA akan mudah diperluaskan dan Surat Pekeliling EKSA 2014 akan dikeluarkan pada tahun berkenaan.

Pengolahan semula Konsep 5S dengan menggunakan kriteria yang ditambah baik


TUJUAN PENJENAMAAN SEMULA


MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam. Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:-
- Meningkatkan imej korporat
- Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green
- Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders
- Memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan
- Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi /agensi kerajaan

Penjenamaan semula bagi pelaksanaan amalan 5S sektor awam


Penjenamaan semula bagi pelaksanaan amalan 5S sektor awam


Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi kepelbagaian agensi kerajaan pada masa ini. Jesteru itu, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan
Kriteria Khusus


Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan kongsep 5S yang sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik eleman 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

Wednesday, January 28, 2015

Langkah Demi Langkah Label Buku Sekolah
Mengikut Jadual Waktu



Rasanya dah viral di FB pasal formula/ tips mudah nak susun buku-buku sekolah anak! So, kali ni saya nak berkongsi langkah demi langkah untuk membuat label di buku sekolah anak-anak mengikut jadual waktu mereka.



Cara-caranya:-

1. Dapatkan 5 sticker yang berlainan warna. 1 warna mewakili 1 hari. Jika tiada sticker, boleh gantikan dengan kertas warna dan potong/gunting mengikut saiz yang diingini. Boleh juga menggunakan sticky note.

Colour Sticker


Kertas Warna


Sticky Note


2. Lekatkan sticker mengikut hari. Sebagai contoh; Warna pink mewakili jadual pada hari Isnin. Lekatkan sticker pink di setiap buku yang dijadualkan pada hari tersebut. Mulakan tampalan 1 inci dari bawah supaya label tersusun cantik dan kemas.

3. Setelah selesai melekatkan sticker bagi kelima-lima hari, lekatkan pula sellotape supaya tidak mudah terkoyak atau tertanggal.

Sellotape


Dah siap!!! Lihat hasilnya....

Label sama paras apabila disusun di rak


Jadi, jika warna pink untuk hari Isnin maka bila tiba hari Isnin, semua buku yang ada sticker pink boleh dimasukkan ke dalam beg sekolah. Mudah bukan?

Idea dari blog lain yang ingin dikongsi:-

Label yang dibuat sendiri menggunakan komputer


Mewarnakan sticker/kertas putih dengan highlighter


Lebih jimat dengan tulisan tangan


Kini anak-anak juga boleh menyusun sendiri jadual mereka. Jom, kita cuba!

Tuesday, December 23, 2014

Kalendar Cuti Umum dan Cuti Sekolah 2015





Senarai Perincian Cuti Tahun 2015

Tarikh Hari Cuti Catatan
1 Jan Khamis Tahun Baru 2015 Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
03 Jan Sabtu Maulidur Rasul
14 Jan Rabu Keputeraan YDB N. Sembilan Negeri Sembilan
18 Jan Ahad Keputeraan Sultan Kedah Kedah
01 Feb Ahad Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
03 Feb Selasa Hari Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor
19 FebKhamisTahun Baru Cina
20 FebJumaatTahun Baru Cina
04 MacRabuUlang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
03 AprilJumaatGood FridaySabah & Sarawak
15 AprilRabuHari Melaka Bandaraya BersejarahMelaka
26 AprilAhadKeputeraan Sultan TerengganuTerengganu
01 MeiJumaatHari Pekerja
03 MeiAhadHari Wesak
07 MeiKhamisHari HolPahang
16 MeiSabtuIsrak dan MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis
17 MeiAhadKeputeraan Raja PerlisPerlis
30 MeiSabtuHari Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah & Labuan
31 MeiAhadHari Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah & Labuan
01 JunIsninPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
02 JunSelasaPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
06 JunSabtuKeputeraan YDP Agong
18 JunKhamisAwal RamadanJohor, Kedah, Melaka
04 JulaiSabtuNuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan
07 JulaiSelasaUlang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
11 JulaiSabtuHarijadi YDP Pulau PinangPulau Pinang
17 JulaiJumaatHari Raya Puasa/ Aidilfitri
18 JulaiSabtuHari Raya Puasa/ Aidilfitri
31 OgosIsninHari Kebangsaan/ Merdeka
12 SeptSabtuHarijadi YDP SarawakSarawak
16 SeptRabuHari Malaysia
24 SeptKhamisHari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha
25 SeptJumaatHari Raya Korban/ Haji/ AidiladhaKelantan, Terengganu, Kedah, Perlis
03 OktSabtuHarijadi YDP SabahSabah
09 OktJumaatHarijadi YDP MelakaMelaka
14 OktRabuAwal Muharram
24 OktSabtuKeputeraan Sultan PahangPahang
10 NovSelasaHari DeepavaliKecuali Sarawak
11 NovRabuKeputeraan Sultan KelantanKelantan
12 NovKhamisKeputeraan Sultan KelantanKelantan
18 NovRabuHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
22 NovAhadKeputeraan Sultan JohorJohor
27 NovJumaatKeputeraan Sultan PerakPerak
11 DisJumaatKeputeraan Sultan SelangorSelangor
24 DisKhamisMaulidur Rasul
25 DisJumaatHari Krismas

*Tarikh Awal Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi penyimpan mohor besar raja-raja

Petunjuk Warna
Cuti Umum
Cuti Negeri


Sumber:My Sumber

Monday, December 1, 2014

Bengkel Melukis dan Mewarna



Anjuran   : Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
Tarikh      : 3 Disember, 4 Disember, 10 Disember dan 11 Disember 2014 (4 hari)
Masa         : 10.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat    : Perpustakaan Negeri
                      242-1, Jalan Bukit Baru 75150 Melaka




Thursday, November 27, 2014

Carta Organisasi PDPNM Negeri Melaka