Tuesday, December 23, 2014

Kalendar Cuti Umum dan Cuti Sekolah 2015





Senarai Perincian Cuti Tahun 2015

Tarikh Hari Cuti Catatan
1 Jan Khamis Tahun Baru 2015 Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
03 Jan Sabtu Maulidur Rasul
14 Jan Rabu Keputeraan YDB N. Sembilan Negeri Sembilan
18 Jan Ahad Keputeraan Sultan Kedah Kedah
01 Feb Ahad Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
03 Feb Selasa Hari Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor
19 FebKhamisTahun Baru Cina
20 FebJumaatTahun Baru Cina
04 MacRabuUlang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
03 AprilJumaatGood FridaySabah & Sarawak
15 AprilRabuHari Melaka Bandaraya BersejarahMelaka
26 AprilAhadKeputeraan Sultan TerengganuTerengganu
01 MeiJumaatHari Pekerja
03 MeiAhadHari Wesak
07 MeiKhamisHari HolPahang
16 MeiSabtuIsrak dan MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis
17 MeiAhadKeputeraan Raja PerlisPerlis
30 MeiSabtuHari Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah & Labuan
31 MeiAhadHari Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah & Labuan
01 JunIsninPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
02 JunSelasaPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
06 JunSabtuKeputeraan YDP Agong
18 JunKhamisAwal RamadanJohor, Kedah, Melaka
04 JulaiSabtuNuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan
07 JulaiSelasaUlang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
11 JulaiSabtuHarijadi YDP Pulau PinangPulau Pinang
17 JulaiJumaatHari Raya Puasa/ Aidilfitri
18 JulaiSabtuHari Raya Puasa/ Aidilfitri
31 OgosIsninHari Kebangsaan/ Merdeka
12 SeptSabtuHarijadi YDP SarawakSarawak
16 SeptRabuHari Malaysia
24 SeptKhamisHari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha
25 SeptJumaatHari Raya Korban/ Haji/ AidiladhaKelantan, Terengganu, Kedah, Perlis
03 OktSabtuHarijadi YDP SabahSabah
09 OktJumaatHarijadi YDP MelakaMelaka
14 OktRabuAwal Muharram
24 OktSabtuKeputeraan Sultan PahangPahang
10 NovSelasaHari DeepavaliKecuali Sarawak
11 NovRabuKeputeraan Sultan KelantanKelantan
12 NovKhamisKeputeraan Sultan KelantanKelantan
18 NovRabuHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
22 NovAhadKeputeraan Sultan JohorJohor
27 NovJumaatKeputeraan Sultan PerakPerak
11 DisJumaatKeputeraan Sultan SelangorSelangor
24 DisKhamisMaulidur Rasul
25 DisJumaatHari Krismas

*Tarikh Awal Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi penyimpan mohor besar raja-raja

Petunjuk Warna
Cuti Umum
Cuti Negeri


Sumber:My Sumber

Monday, December 1, 2014

Bengkel Melukis dan Mewarna



Anjuran   : Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
Tarikh      : 3 Disember, 4 Disember, 10 Disember dan 11 Disember 2014 (4 hari)
Masa         : 10.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat    : Perpustakaan Negeri
                      242-1, Jalan Bukit Baru 75150 Melaka




Thursday, November 27, 2014

Carta Organisasi PDPNM Negeri Melaka





Wednesday, November 26, 2014

Majlis Pelancaran Program Bahasa Merentas Desa di Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong



Program “Bahasa Merentas Desa” adalah anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Diadakan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 yang merupakan acara tahunan Negara bagi memperkasakan Bahasa Kebangsaan yang dinaungi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong telah dipilih sebagai lokasi bagi menjayakan Majlis Pelancaran Program Bahasa Merentas Desa. Perpustakaan ini telah dibina di bawah projek khas perpustakaan desa tahun 2007 dan mula beroperasi pada 9 Ogos 2009.

Bagi meneruskan impak terhadap peningkatan amalan membaca dalam usaha menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan PD, PNM sentiasa mencari kaedah sentuhan rakyat, dengan mengadakan aktiviti ilmu dengan pelbagai pendekatan dan penjenamaan baru.



OBJEKTIF

Objektif Program “Bahasa Merentas Desa” Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong adalah:

  1. Mendidik masyarakat berbilang bangsa agar dapat menyemarakkan penggunaan dan seterusnya memartabatkan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat desa khususnya. 

  2. Mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat. 

  3. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan. 

  4. Meningkatkan minat dan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu melalui pembacaan. 


PELAKSANAAN PROGRAM 

  1. Penganjuran
    • Anjuran Perpustakaan Negara Malaysia sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 

  2. Tarikh
    • 9 November 2014 (Ahad) 

  3. Masa
    • 8.00 pagi – 1.00 petang 

  4. Tempat
    • Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong, Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka 

  5. Majlis Pelancaran
    • Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Nafisah binti Ahmad, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia 

  6. Para Jemputan dan Peserta
    • Seramai 350 orang telah menghadiri program ini dan mereka terdiri daripada: 

      • YBhg Puan Nafisah binti Ahmad, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia 
      • YBhg Datuk Zaini bin Ismail, Pengerusi JAPERUN DUN Duyong 
      • YB Datuk Zulfekar bin Hj Hashim, Pengerusi JPP Zon 8 Melaka 
      • Pengurusan PNM 
      • Persatuan Penduduk Taman Seri Duyong Seksyen 2 
      • Jawatankuasa Perpustakaan 
      • Penyelia PD PNM Zon 1, Zon 2, Zon 3, Zon 4 dan Zon 6. 
      • Petugas PD PNM Melaka 
      • Murid Tadika JAIM Permatang Duyong, Tabika KEMAS Taman Seri Duyong, Tabika KEMAS Taman Desa Duyong, Tadika Perpaduan Desa Duyong dan Tadika Perpaduan Rumah Awam Ayer Molek 
      • Pelajar SK Seri Duyong dan SK Ayer Molek 
      • Pelajar SMK Ayer Molek dan SMK Bukit Katil 
      • Penduduk Taman Seri Duyong dan sekitarnya.

  7. Atur Cara Program
    • Atur cara program adalah seperti berikut:



PENGISIAN AKTIVITI

Pengisian aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung adalah seperti berikut:

  1. Warna Dalam Bahasa
    • Seramai 40 orang murid-murid daripada Tadika JAIM Permatang Duyong, Tabika KEMAS Taman Seri Duyong, Tabika KEMAS Taman Desa Duyong, Tadika Perpaduan Desa Duyong dan Tadika Perpaduan Rumah Awam Ayer Molek telah menyertai pertandingan ini.

  2. Pertandingan Bercerita
    • Pertandingan Bercerita telah disertai oleh murid sekolah rendah Tahun 1 hingga Tahun 3 seramai 10 orang. Aktiviti ini bertujuan membina keyakinan diri para pelajar dan seterusnya meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu bertutur dan membaca dalam Bahasa Melayu.

  3. Pertandingan Busana Tradisional
    • Pertandingan memperagakan pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia. Peserta juga dikehendaki untuk mendeklamasikan pantun mengenai busana yang diperagakan. Sebanyak 15 penyertaan bagi pertandingan ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah. Pertandingan ini bertujuan untuk memperkenalkan busana tradisional masyarakat majmuk Malaysia kepada generasi muda dan sekaligus melihat kreativiti peserta-peserta dalam mendeklamasikan pantun mengenai busana tersebut.

  4. Bicara Bahasa
    • Aktiviti ini adalah berbentuk santai dan bertujuan untuk memartabatkan lagi Bahasa Melayu dikalangan penduduk setempat. Seorang tokoh Bahasa Melayu iaitu YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Borhan, yang merupakan Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan telah dijemput untuk berbicara mengenai Bahasa Melayu. Fokus pengunjung bagi aktiviti ini adalah golongan dewasa.

  5. Cabutan Bertuah Pengunjung
    • Cabutan bertuah pengunjung turut diadakan dalam menggalakkan masyarakat terlibat dalam program tersebut. Cabutan bertuah pengunjung telah diadakan secara berperingkat dari permulaan sehingga ke akhir program.

  6. Persembahan Dondang Sayang
    • Dondang Sayang daripada Persatuan Dondang Sayang Negeri Melaka telah dipersembahkan bagi mengalu-alukan kehadiran para tetamu dan juga mengiringi Jamuan Rakyat di pengakhiran majlis.

  7. Promosi Keahlian Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong
    • Promosi Keahlian Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong dibuka sepanjang program berlangsung untuk memberi peluang kepada lebih ramai mendaftar sebagai ahli perpustakaan.

  8. Pameran
    • Antara agensi pameran yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pos Malaysia Berhad.


GALERI SEKITAR PROGRAM

1. Majlis Perasmian



2. Pengisian Aktiviti/Pertandingan



Thursday, November 6, 2014

Program Bahasa Merentas Desa



Anjuran   : Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka
Tarikh      : 9 November 2014 (Ahad)
Masa          : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat    : Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong
                     Jalan SD 2/11 Taman Seri Duyong Seksyen 2
Perasmi  : YBhg Puan Hajah Nafisah binti Ahmad
                    Ketua Pengarah
                    Perpustakaan Negara Malaysia



Thursday, October 16, 2014

Kajian Tabiat Membaca Rakyat Malaysia 2014



Jom, berikan maklumbalas Kajian Tabiat Membaca Rakyat Malaysia sebelum atau pada 31 Oktober 2014. Anda mungkin berpeluang memenangi hadiah misteri daripada Perpustakaan Negara Malaysia.
Sila layari : survey.pnm.gov.my



Friday, September 26, 2014

Koleksi Perpustakaan Desa





1. Koleksi Buku


Koleksi Buku di perpustakaan desa disusun mengikut sistem pengkelasan nombor Dewey Decimal Classification (DDC) yang bermula dengan angka 000 hingga 999. Pengunjung boleh mendapatkan bahan bacaan yang diingini mengikut pengkelasan bagi memudahkan pencarian.

SISTEM PENGKELASAN PERPULUHAN DEWEY

000-099 Karya Am
100-199 Falsafah
200-299 Agama
300-399 Sains Kemasyarakatan
400-499 Bahasa
500-599 Sains Tulen
600-699 Teknologi
700-799 Kesenian
800-899 Kesusasteraan
900-999 Geografi & Sejarah Am

>> Untuk lihat Senarai Buku Baru sila klik di sini

2. Surat Khabar


Terdapat dua akhbar yang dilanggan setiap hari di perpustakaan desa iaitu Utusan Malaysia dan Harian Metro.

3. Majalah


Berikut adalah majalah yang terdapat di perpustakaan desa:


MAJALAH
KANAK-KANAK



  1. Ana Muslim
  2. Asuh
  3. Dewan Pelajar
  4. Kuntum
  5. Taman Ria Disney
  6. Upin & Ipin

MAJALAH
DEWASA

  1. Al-Islam
  2. Anis
  3. Anjung Seri
  4. Dewan Kosmik
  5. Dewan Siswa
  6. Dewan Masyarakat
  7. Majalah PC
  8. Mastika
  9. Nur
  10. Roda-Roda
  11. Pa & Ma
  12. Saji
  13. Seri Dewi & Keluarga
  14. Wanita
  15. Utusan Pengguna



4. Koleksi CD/VCD/DVD


CD
1. Deklamasi & Lagu Puisi Prof Madya Dr. Lim Swee Tin: Mencari Indah
2. Pantas Membaca
3. Nani The Deer

VCD
1. Islam Hadhari
2. Jolly Kid Songs
3. Zoo Melaka

DVD
1.
2.
3.



5. Koleksi Pakejan Maklumat


Topik mengenai sesuatu perkara yang diperolehi dari pelbagai sumber termasuk buku, majalah, surat khabar, pangkalan data dan internet. Maklumat akan dikumpul dan dipakej untuk memudahkan rujukan pengguna.

Topik yang disediakan adalah berdasarkan kepada permintaan rujukan yang tertinggi diterima dari pengguna dan juga yang berkaitan dengan hal ehwal semasa. Berikut merupakan Koleksi Pakejan Maklumat yang terdapat di Perpustakaan Desa Zon 7 Melaka.

Bil Judul Bil Judul
1   Bencana Alam: Tsunami 12   Bencana Alam: Gempa Bumi
2   Denggi 13   1 Malaysia
3   Teknologi Hijau 14   Bio Asli
4   Sains:Planet-planet 15   Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
5   Kesultanan Melayu Melaka 16   Tun Abdul Rahman Putra Al-Haj
6   Tun Dr. Mahathir Mohamad 17   Gejala Sosial: Buli
7   Doa-doa Harian 18   Perkembangan Bayi
8   Permainan Tradisional: Wau 19   Pengangkutan Tradisional
9   Tokoh Pendidikan 20   Sukan Rakyat
10   Sains: Fungsi Jantung 21   Etnik Budaya Kaum
11   Kesihatan: Bahaya Rokok  


5. Koleksi Keratan Akhbar


Perpustakaan Desa telah menyediakan Keratan Akhbar meliputi beberapa bidang perkara iaitu:

1. Pendidikan
2. Melaka
3. Kesihatan
4. Agama
5. Isu Semasa
      - Angkasawan Negara
      - MH370
      - Tragedi MH17

5. Koleksi Poster Majalah PC