Thursday, November 27, 2014

Carta Organisasi PDPNM Negeri Melaka





Wednesday, November 26, 2014

Majlis Pelancaran Program Bahasa Merentas Desa di Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong



Program “Bahasa Merentas Desa” adalah anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Diadakan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 yang merupakan acara tahunan Negara bagi memperkasakan Bahasa Kebangsaan yang dinaungi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong telah dipilih sebagai lokasi bagi menjayakan Majlis Pelancaran Program Bahasa Merentas Desa. Perpustakaan ini telah dibina di bawah projek khas perpustakaan desa tahun 2007 dan mula beroperasi pada 9 Ogos 2009.

Bagi meneruskan impak terhadap peningkatan amalan membaca dalam usaha menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan PD, PNM sentiasa mencari kaedah sentuhan rakyat, dengan mengadakan aktiviti ilmu dengan pelbagai pendekatan dan penjenamaan baru.



OBJEKTIF

Objektif Program “Bahasa Merentas Desa” Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong adalah:

  1. Mendidik masyarakat berbilang bangsa agar dapat menyemarakkan penggunaan dan seterusnya memartabatkan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat desa khususnya. 

  2. Mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat. 

  3. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan. 

  4. Meningkatkan minat dan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu melalui pembacaan. 


PELAKSANAAN PROGRAM 

  1. Penganjuran
    • Anjuran Perpustakaan Negara Malaysia sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 

  2. Tarikh
    • 9 November 2014 (Ahad) 

  3. Masa
    • 8.00 pagi – 1.00 petang 

  4. Tempat
    • Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong, Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka 

  5. Majlis Pelancaran
    • Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Nafisah binti Ahmad, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia 

  6. Para Jemputan dan Peserta
    • Seramai 350 orang telah menghadiri program ini dan mereka terdiri daripada: 

      • YBhg Puan Nafisah binti Ahmad, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia 
      • YBhg Datuk Zaini bin Ismail, Pengerusi JAPERUN DUN Duyong 
      • YB Datuk Zulfekar bin Hj Hashim, Pengerusi JPP Zon 8 Melaka 
      • Pengurusan PNM 
      • Persatuan Penduduk Taman Seri Duyong Seksyen 2 
      • Jawatankuasa Perpustakaan 
      • Penyelia PD PNM Zon 1, Zon 2, Zon 3, Zon 4 dan Zon 6. 
      • Petugas PD PNM Melaka 
      • Murid Tadika JAIM Permatang Duyong, Tabika KEMAS Taman Seri Duyong, Tabika KEMAS Taman Desa Duyong, Tadika Perpaduan Desa Duyong dan Tadika Perpaduan Rumah Awam Ayer Molek 
      • Pelajar SK Seri Duyong dan SK Ayer Molek 
      • Pelajar SMK Ayer Molek dan SMK Bukit Katil 
      • Penduduk Taman Seri Duyong dan sekitarnya.

  7. Atur Cara Program
    • Atur cara program adalah seperti berikut:



PENGISIAN AKTIVITI

Pengisian aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung adalah seperti berikut:

  1. Warna Dalam Bahasa
    • Seramai 40 orang murid-murid daripada Tadika JAIM Permatang Duyong, Tabika KEMAS Taman Seri Duyong, Tabika KEMAS Taman Desa Duyong, Tadika Perpaduan Desa Duyong dan Tadika Perpaduan Rumah Awam Ayer Molek telah menyertai pertandingan ini.

  2. Pertandingan Bercerita
    • Pertandingan Bercerita telah disertai oleh murid sekolah rendah Tahun 1 hingga Tahun 3 seramai 10 orang. Aktiviti ini bertujuan membina keyakinan diri para pelajar dan seterusnya meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu bertutur dan membaca dalam Bahasa Melayu.

  3. Pertandingan Busana Tradisional
    • Pertandingan memperagakan pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia. Peserta juga dikehendaki untuk mendeklamasikan pantun mengenai busana yang diperagakan. Sebanyak 15 penyertaan bagi pertandingan ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah. Pertandingan ini bertujuan untuk memperkenalkan busana tradisional masyarakat majmuk Malaysia kepada generasi muda dan sekaligus melihat kreativiti peserta-peserta dalam mendeklamasikan pantun mengenai busana tersebut.

  4. Bicara Bahasa
    • Aktiviti ini adalah berbentuk santai dan bertujuan untuk memartabatkan lagi Bahasa Melayu dikalangan penduduk setempat. Seorang tokoh Bahasa Melayu iaitu YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Borhan, yang merupakan Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan telah dijemput untuk berbicara mengenai Bahasa Melayu. Fokus pengunjung bagi aktiviti ini adalah golongan dewasa.

  5. Cabutan Bertuah Pengunjung
    • Cabutan bertuah pengunjung turut diadakan dalam menggalakkan masyarakat terlibat dalam program tersebut. Cabutan bertuah pengunjung telah diadakan secara berperingkat dari permulaan sehingga ke akhir program.

  6. Persembahan Dondang Sayang
    • Dondang Sayang daripada Persatuan Dondang Sayang Negeri Melaka telah dipersembahkan bagi mengalu-alukan kehadiran para tetamu dan juga mengiringi Jamuan Rakyat di pengakhiran majlis.

  7. Promosi Keahlian Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong
    • Promosi Keahlian Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong dibuka sepanjang program berlangsung untuk memberi peluang kepada lebih ramai mendaftar sebagai ahli perpustakaan.

  8. Pameran
    • Antara agensi pameran yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pos Malaysia Berhad.


GALERI SEKITAR PROGRAM

1. Majlis Perasmian



2. Pengisian Aktiviti/Pertandingan



Thursday, November 6, 2014

Program Bahasa Merentas Desa



Anjuran   : Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka
Tarikh      : 9 November 2014 (Ahad)
Masa          : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat    : Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong
                     Jalan SD 2/11 Taman Seri Duyong Seksyen 2
Perasmi  : YBhg Puan Hajah Nafisah binti Ahmad
                    Ketua Pengarah
                    Perpustakaan Negara Malaysia