Monday, October 12, 2015

Program "Teman Pili Bomba"



Tarikh     : 17 Oktober 2015 (Sabtu)
Masa       : 8.00 pagi
Tempat   : Perpustakaan Desa Taman Jati
                  Jalan Jati 7, Taman Jati, Batu Berendam Melaka
Perasmi : YS PPjB Nazili Hj Mahmood
                  Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka





Monday, August 17, 2015

100 panduan rangsang anak minat buku
mengikut pandangan Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli, Timbalan Dekan, Fakulti Pendidikan Awal Kanak-kanak, UNITAR

Setiap kali memilih buku kanak-kanak, kebanyakan ibu bapa akan berasa keliru membuat pilihan buku mengikut kesesuaian peringkat umur anak-anak mereka. Selain itu, bentuk buku, saiz tulisan, pengisian, visual, warna dan tekstur buku tersebut turut menjadi tanda tanya para ibu bapa. Ikuti 100 panduan cara betul memilih buku buat anak mengikut usia sekaligus merangsang anak meminati buku.

Bayi berusia 0-6 bulan
1. Buku yang ringkas, gambar atau reka bentuk yang besar dengan warna yang terang.
2. Material jenis kain dan vinyl yang lembut dengan gambar sebenar.
3. Gambar pula bersaiz besar iaitu satu halaman satu gambar.
4. Saiz sederhana agar mampu dipegang oleh bayi.
5. Buku yang boleh digunakan semasa mandi atau boleh dibasuh.

Bayi 6-12 bulan
6. Kertas tebal seperti kadbod sesuai untuk disentuh.
7. Objek foto yang biasa dilihat.
8. Mempunyai halaman muka surat yang kukuh. Anda boleh membiarkan bayi bermain di katil.
9. Material jenis plastik/vinyl tidak ada masalah andai terkena air.
10. Buku jenis kain yang boleh dibasuh dan dibawa bermain.
11. Material jenis ini juga selamat kerana kadangkala bayi memasukkannya ke dalam mulut.

Kanak-kanak kecil 12-24 bulan
12. Buku kertas tebal yang mempuyai pemegang.
13. Gambar-gambar biasa yang kanak-kanak lakukan seperti tidur atau bermain.
14. Menjadi bahan bacaan sebelum tidur.
15. Buku yang berkaitan dengan 'good bye' dan 'hello'.
16. Warna terang dengan ilustrasi menarik.
17. Buku jenis rasa dan sentuh.
18. Buku dengan tekstur/permukaan yang boleh dibelai.
19. Buku haiwan dengan pelbagai saiz dan bentuk.

Kanak-kanak 2-3 tahun
20. Buku yang mempunyai cerita yang mudah.
21. Ayat mudah dengan gambar yang menerangkan teks.
22. Perkataan yang mudah supaya anak boleh mengingatinya.
23. Buku untuk waktu tidur.
24. Berkaitan dengan kiraan, abjad, bentuk atau saiz.
25. Berkaitan haiwan, kenderaan, dan buku tentang masa bermain.
26. Buku dengan gambar dan perkataan yang lucu.


Bersambung...

Maklumat lengkap boleh didapati dari Majalah Pa&Ma di pasaran sekarang!

Tuesday, February 3, 2015

Kajian Tinjauan Awal Keberkesanan Perkhidmatan Perpustakaan Desa Dalam Pencapaian Pembelajaran Komuniti Setempat



Perpustakaan Desa PNM Zon 7 Negeri Melaka telah dipilih untuk mendapatkan 90 orang responden mengenai Tinjauan Awal Keberkesanan Perkhidmatan Perpustakaan Desa Dalam Pencapaian Pembelajaran Komuniti Setempat. Kajian ini adalah untuk melihat persepsi komuniti setempat terhadap perkhidmatan perpustakaan desa yang disediakan terutama dalam membantu pencapaian pembelajaran mereka. Melalui kajian tinjauan awal diharapkan dapat membantu pihak pengurusan PNM dalam merangka peningkatan kualiti perkhidmatan pada masa akan datang. Sasaran responden kajian ini adalah para pelajar yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi.

Borang kajian tinjauan awal


Kajian tinjauan sedang dijalankan oleh petugas PD Taman Jati





Kajian tinjauan sedang dijalankan oleh petugas PD Taman Mas Merah





Kajian tinjauan sedang dijalankan oleh petugas PD Taman Seri Duyong





Pertandingan Pembaca Terbanyak 2015





Pertandingan ini dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Hanya lakukan 5 langkah mudah bagi memenangi hadiah yang lumayan!

LANGKAH 1 : Pilih buku dari mana-mana rangkaian Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dan Perpustakaan Desa PNM (Perpustakaan Negara Malaysia). Klik di sini untuk paparan senarai Perpustakaan Desa PNM Negeri Melaka

LANGKAH 2 : Tulis sinopsis buku yang telah dibaca (mengikut jumlah patah perkataan yang disyaratkan) pada borang penyertaan yang disediakan di setiap perpustakaan

LANGKAH 3 : Lengkapkan butiran pada borang penyertaan dan dapatkan cop pengesahan di kaunter perkhidmatan perpustakaan yang dikunjungi

LANGKAH 4 : Kumpulkan sebanyak mungkin borang sinopsis sehingga bulan Disember 2015

LANGKAH 5 : Serah semua borang sinopsis yang telah lengkap kepada petugas perpustakaan selewat-lewatnya 31 Disember 2015 jam 5.00 petang



Berikut adalah Syarat-syarat Pertandingan



Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)



EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia), dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010), dan bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat dan melahirkan idea dan aktiviti kerativiti dan inovasi.

Konsep 5S yang diaplikasi ke dalam EKSA:
( SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM, SENTIASA AMAL )

LATAR BELAKANG


MAMPU telah mengeluarkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010 yang mana agensi/jabatan di bawah Sektor Awam sudah boleh memperolehi Pensijilan Amalan 5S melalui pihak MAMPU (Bahagian Inspektrorat dan Pengiktirafan). Seperti sedia maklum selama ini Pensijilan 5S/QE (Sistem Persekitaran Berkualiti) di tunjangi oleh pihak MPC ( Perbadanan Produktiviti Malaysia) sejak tahun 80an lagi. Manakala tempoh pensijilan 5S ini adalah selama 2 tahun sekali.Berbanding tempoh Pensijilan 5S MPC setahun sekali.

Bagi merealisasi dan memantapkan lagi Amalan 5S Sektor Awam ini, pada tahun 2011 pihak MAMPU telah melaksanakan Program Training oF Trainers (ToT) Amalan 5S kepada Institut Latihan Awam. Sejak itu beberapa agensi/jabatan sektor awam mula memperolehi pensijilan 5S melalui pengauditan MAMPU. Sehingga tahun 2013 sejumlah 173 agensi/jabatan sektor awam telah memperolehi pensijilan ini.

Atas usaha untuk penjenamaan semula 5S Sektor Awam ini, dengan acuan sendiri dan tidak mengguna pakai nama 5S (berasal dari Jepun : Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke), maka pada tahun 2013, Makmal 5S dan Pilot Test EKSA telah dilaksanakan dengan menggunakan kriteria yang ditambah baik hasil perbincangan dan idea dari 'pakar-pakar' wakil agensi sektor awam yang telah memperolehi Sijil 5S Sektor Awam sebelum ini.

Seterusnya pada awal tahun 2014, ToT EKSA telah dilaksanakan dan telah menjemput hampir 80 peserta daripada pelbagai agensi Sektor Awam dan Institut Latihan Awam (ILA) yang terpilih untuk memberi penjelasan berhubung pelaksanaan EKSA dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif, memberi pendedahan dan kefahaman menyeluruh berhubung kriteria baru EKSA, menyediakan latihan amali berkaitan tatacara pengauditan EKSA dan juga melahirkan juruaudit yang terlatih dan berkaliber dalam program pengauditan dan pensijilan EKSA.

Dengan perancangan rapi MAMPU melahirkan juruaudit terlatih dan berkaliber, maka EKSA akan mudah diperluaskan dan Surat Pekeliling EKSA 2014 akan dikeluarkan pada tahun berkenaan.

Pengolahan semula Konsep 5S dengan menggunakan kriteria yang ditambah baik


TUJUAN PENJENAMAAN SEMULA


MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam. Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:-
- Meningkatkan imej korporat
- Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green
- Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders
- Memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan
- Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi /agensi kerajaan

Penjenamaan semula bagi pelaksanaan amalan 5S sektor awam


Penjenamaan semula bagi pelaksanaan amalan 5S sektor awam


Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi kepelbagaian agensi kerajaan pada masa ini. Jesteru itu, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan
Kriteria Khusus


Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan kongsep 5S yang sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik eleman 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

Wednesday, January 28, 2015

Langkah Demi Langkah Label Buku Sekolah
Mengikut Jadual Waktu



Rasanya dah viral di FB pasal formula/ tips mudah nak susun buku-buku sekolah anak! So, kali ni saya nak berkongsi langkah demi langkah untuk membuat label di buku sekolah anak-anak mengikut jadual waktu mereka.



Cara-caranya:-

1. Dapatkan 5 sticker yang berlainan warna. 1 warna mewakili 1 hari. Jika tiada sticker, boleh gantikan dengan kertas warna dan potong/gunting mengikut saiz yang diingini. Boleh juga menggunakan sticky note.

Colour Sticker


Kertas Warna


Sticky Note


2. Lekatkan sticker mengikut hari. Sebagai contoh; Warna pink mewakili jadual pada hari Isnin. Lekatkan sticker pink di setiap buku yang dijadualkan pada hari tersebut. Mulakan tampalan 1 inci dari bawah supaya label tersusun cantik dan kemas.

3. Setelah selesai melekatkan sticker bagi kelima-lima hari, lekatkan pula sellotape supaya tidak mudah terkoyak atau tertanggal.

Sellotape


Dah siap!!! Lihat hasilnya....

Label sama paras apabila disusun di rak


Jadi, jika warna pink untuk hari Isnin maka bila tiba hari Isnin, semua buku yang ada sticker pink boleh dimasukkan ke dalam beg sekolah. Mudah bukan?

Idea dari blog lain yang ingin dikongsi:-

Label yang dibuat sendiri menggunakan komputer


Mewarnakan sticker/kertas putih dengan highlighter


Lebih jimat dengan tulisan tangan


Kini anak-anak juga boleh menyusun sendiri jadual mereka. Jom, kita cuba!