Perpustakaan Desa PNM Zon 7 Negeri Melaka telah dipilih untuk mendapatkan 90 orang responden mengenai Tinjauan Awal Keberkesanan Perkhidmatan Perpustakaan Desa Dalam Pencapaian Pembelajaran Komuniti Setempat. Kajian ini adalah untuk melihat persepsi komuniti setempat terhadap perkhidmatan perpustakaan desa yang disediakan terutama dalam membantu pencapaian pembelajaran mereka. Melalui kajian tinjauan awal diharapkan dapat membantu pihak pengurusan PNM dalam merangka peningkatan kualiti perkhidmatan pada masa akan datang. Sasaran responden kajian ini adalah para pelajar yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi.
Tuesday, February 3, 2015
Kajian Tinjauan Awal Keberkesanan Perkhidmatan Perpustakaan Desa Dalam Pencapaian Pembelajaran Komuniti Setempat
Pertandingan Pembaca Terbanyak 2015
Pertandingan ini dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Hanya lakukan 5 langkah mudah bagi memenangi hadiah yang lumayan!
LANGKAH 1 : Pilih buku dari mana-mana rangkaian Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dan Perpustakaan Desa PNM (Perpustakaan Negara Malaysia). Klik di sini untuk paparan senarai Perpustakaan Desa PNM Negeri Melaka
LANGKAH 2 : Tulis sinopsis buku yang telah dibaca (mengikut jumlah patah perkataan yang disyaratkan) pada borang penyertaan yang disediakan di setiap perpustakaan
LANGKAH 3 : Lengkapkan butiran pada borang penyertaan dan dapatkan cop pengesahan di kaunter perkhidmatan perpustakaan yang dikunjungi
LANGKAH 4 : Kumpulkan sebanyak mungkin borang sinopsis sehingga bulan Disember 2015
LANGKAH 5 : Serah semua borang sinopsis yang telah lengkap kepada petugas perpustakaan selewat-lewatnya 31 Disember 2015 jam 5.00 petang
Berikut adalah Syarat-syarat Pertandingan
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia), dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010), dan bertujuan untuk meningkatkan
budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat dan melahirkan idea dan aktiviti kerativiti dan inovasi.
( SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM, SENTIASA AMAL )
LATAR BELAKANG
MAMPU telah mengeluarkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010 yang mana agensi/jabatan di bawah Sektor Awam sudah boleh memperolehi Pensijilan Amalan 5S melalui pihak MAMPU (Bahagian Inspektrorat dan Pengiktirafan). Seperti sedia maklum selama ini Pensijilan 5S/QE (Sistem Persekitaran Berkualiti) di tunjangi oleh pihak MPC ( Perbadanan Produktiviti Malaysia) sejak tahun 80an lagi. Manakala tempoh pensijilan 5S ini adalah selama 2 tahun sekali.Berbanding tempoh Pensijilan 5S MPC setahun sekali.
Bagi merealisasi dan memantapkan lagi Amalan 5S Sektor Awam ini, pada tahun 2011 pihak MAMPU telah melaksanakan Program Training oF Trainers (ToT) Amalan 5S kepada Institut Latihan Awam. Sejak itu beberapa agensi/jabatan sektor awam mula memperolehi pensijilan 5S melalui pengauditan MAMPU. Sehingga tahun 2013 sejumlah 173 agensi/jabatan sektor awam telah memperolehi pensijilan ini.
Atas usaha untuk penjenamaan semula 5S Sektor Awam ini, dengan acuan sendiri dan tidak mengguna pakai nama 5S (berasal dari Jepun : Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke), maka pada tahun 2013, Makmal 5S dan Pilot Test EKSA telah dilaksanakan dengan menggunakan kriteria yang ditambah baik hasil perbincangan dan idea dari 'pakar-pakar' wakil agensi sektor awam yang telah memperolehi Sijil 5S Sektor Awam sebelum ini.
Seterusnya pada awal tahun 2014, ToT EKSA telah dilaksanakan dan telah menjemput hampir 80 peserta daripada pelbagai agensi Sektor Awam dan Institut Latihan Awam (ILA) yang terpilih untuk memberi penjelasan berhubung pelaksanaan EKSA dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif, memberi pendedahan dan kefahaman menyeluruh berhubung kriteria baru EKSA, menyediakan latihan amali berkaitan tatacara pengauditan EKSA dan juga melahirkan juruaudit yang terlatih dan berkaliber dalam program pengauditan dan pensijilan EKSA.
Dengan perancangan rapi MAMPU melahirkan juruaudit terlatih dan berkaliber, maka EKSA akan mudah diperluaskan dan Surat Pekeliling EKSA 2014 akan dikeluarkan pada tahun berkenaan.
TUJUAN PENJENAMAAN SEMULA
MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam. Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:-
- Meningkatkan imej korporat
- Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green
- Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders
- Memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan
- Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi /agensi kerajaan
Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi kepelbagaian agensi kerajaan pada masa ini. Jesteru itu, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.
Kriteria Khusus
Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan kongsep 5S yang sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik eleman 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.