Tarikh Lahir
Mendedahkan tarikh lahir sebenar adalah sangat berisiko tinggi, ia turut mendekatkan kamu kepada kecurian identiti.
Nama Ibu
Kamu perlu ingat bahawa banyak laman web menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai kamu menerusi talian.
Alamat Rumah
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman kamu kepada umum kerana penjenayah kini licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila kamu
update status:
"Yeay, cuti-cuti Malaysia ke Sabah..."
Nombor Telefon
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana kamu berpotensi untuk menerima panggilan daripada jurujual
(telemarketers), stalkers dan rakan kepada rakan kamu.
Gambar yang Tidak Sesuai
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai 'pemuas nafsu'.
Perjalanan Jauh dari Rumah
Status yang memberitahu ketiadaan kamu di rumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah kamu sebaliknya menarik perhatian 'orang lain'.
Meninggalkan Rumah Dalam Tempoh yang Singkat
Jika kamu
'check-in' sama ada di gimnasium atau di pusat membeli belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memcah masuk ke rumah kamu.
Pengakuan atau Kekecewaan
Jangan 'maki' majikan/pihak sekolah kamu jika kamu mempunyai masalah di pejabat/sekolah kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.
Gambar di Dalam Rumah
Kamu mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah dilengkapi dengan barang-barang berharga? Semua itu akan membuatkan 'si cemburu' bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah kamu sangat tinggi.
Mengira Detik Percutian
Lebih baik kamu memberitahu rakan-rakan berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada kamu berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.