SRA JAIM Taman Datuk Tamby Chik Karim, 23 Oktober - Program Hajj Journey yang telah berlangsung tempoh hari mendapat perhatian lebih 300 orang pelajar sekolah ini. Walaupun terdapat kekangan masa dalam menjalankan aktiviti untuk setiap lapisan umur, semua aktiviti yang berlangsung dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Guru Besar sekolah tersebut, Ustaz Suhoffpi Mohamad berkata, pelaksanaan program akan lebih tersusun sekiranya program tersebut dapat dijalankan selama dua (2) hari memandangkan peruntukan masa yang terhad bagi setiap aktiviti. Walaubagaimanapun, program tersebut mampu menarik minat para pelajar untuk hadir ke sekolah bagi menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang dikelolakan oleh perpustakaan desa. Menurutnya, kehadiran pelajar pada hari tersebut adalah di luar jangkaan kerana pada hari-hari lain kehadiran para pelajar semakin berkurangan.
Ujarnya, program yang bertemakan Sambutan Haji yang dikelolakan oleh perpustakaan desa itu bukan sahaja mampu memberi ilmu yang bermanfaat berkaitan haji malah dapat mendedahkan setiap individu kepada peranan perpustakaan desa yang terdapat di seluruh negeri.
0 comments:
Post a Comment