Monday, June 24, 2013

Konvensyen Perpustakaan Malaysia 2013





Wednesday, June 19, 2013

Pakejan Maklumat?


Mungkin ramai yang kurang faham mengenai Pakejan Maklumat ini. Di sini kami kongsikan sedikit maklumat mengenai topik tersebut di atas.



Topik mengenai sesuatu perkara yang diperolehi dari pelbagai sumber termasuk buku, majalah, surat khabar, pangkalan data dan internet. Maklumat akan dikumpul dan dipakej untuk memudahkan rujukan pengguna.

Topik yang disediakan adalah berdasarkan kepada permintaan rujukan yang tertinggi diterima dari pengguna dan juga yang berkaitan dengan hal ehwal semasa.

Berikut merupakan tajuk-tajuk yang telah berjaya kami kumpul dan pakejkan untuk rujukan umum:- 

  • Perkembangan Bayi
  • Teknologi Hijau
  • Bencana Alam: Gempa Bumi
  • Bencana Alam: Tsunami
  • Tunku Abdul Rahman
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad 
  • Tun Abdul Razak
  • Pembuangan Bayi
  • Permainan Tradisional: Wau
  • Denggi
  • 1Malaysia
  • Majlis Melaka Bandaraya Bersejarah
  • Doa-doa Harian 
  • Kraftangan: Batik
  • NKRA Pendidikan
  • Bangunan Bersejarah: Kota 'A' Famosa
  • Bajet 2013
  • Haiwan Pupus & Terancam
  • Pasar Tani
  • Kesihatan: Cara Hidup Sihat
  • Gejala Sosial: Buli di Kalangan Pelajar Sekolah
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan koleksi Pakejan Maklumat yang disenaraikan, anda boleh mengunjungi Perpustakaan Desa Taman Mas Merah, Perpustakaan Desa Taman Jati, Batu Berendam Melaka atau Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong, Seksyen 2 Melaka bagi memenuhi keperluan rujukan anda.

Selain itu, kami turut mengalu-alukan cadangan tajuk Pakejan Maklumat daripada anda. Sila emelkan tajuk cadangan anda ke alamat emel kami pd_masmerah@yahoo.com. 

Sekian 



Tuesday, June 18, 2013

Karnival Gerakan Membaca & Komuniti Bijak 1Pengguna 1Suara - Anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)

Permohonan Pendaftaran Keahlian
Kelab Membaca Sinar Pintar

Jadikan saya ahli Kelab Membaca Sinar Pintar!
Sign me up as a Sinar Pintar Reading Club member!

Name Penuh
Full Name
No. Sijil Kelahiran / MyKid
Birth Certificate No. / MyKid
Umur
Age
Jantina
Gender
Lelaki (Male)
Perempuan (Female)
Alamat
Address
Poskod
Postcode
Negeri
State
Nombor Telefon / HP
Contact Number
Alamat Emel
Email Address
Nama dan Alamat Sekolah
School Name and Address

Pengesahan Penjaga
Guardian's Acknowledgment

Nama Ibu/Bapa/Penjaga
Parent/Guardian's Name
No. Kad Pengenalan Baru
Identity Card No.

Permohonan Pendaftaran Keahlian

Sila gunakan borang di bawah untuk permohonan pendaftaran sebagai ahli Perpustakaan Desa (PNM) di negeri Melaka. Isikan semua maklumat yang dikehendaki kemudian klik butang 'Hantar'.
Borang permohonan akan diproses dalam tempoh seminggu. Pendaftaran keahlian adalah percuma. Terima kasih.



Saya ingin menjadi ahli perpustakaan di Perpustakaan Desa...
Kategori Kanak-kanak (4 - 12 Tahun)
Remaja (13 - 20 Tahun)
Dewasa (21 Tahun ke atas)
Nama Penuh:
No. Kad Pengenalan Baru:
No. Sijil Kelahiran:
Tarikh Lahir:
Jantina: Lelaki (Male)
Perempuan (Female)
Bangsa:
Pekerjaan:
Alamat:
Poskod:
Negeri:
Telefon Rumah:
Telefon Bimbit:
Telefon Pejabat:
Alamat Emel:

Pengesahan Penjaga:

(Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah)

Nama Ibu/Bapa/Penjaga:
No Kad Pengenalan Baru:

Monday, June 17, 2013

Perancangan Aktiviti 2013

BULAN AKTIVITI SASARAN
JULAI Pameran 'Ramadan Al-Mubarak' Terbuka
Diari Ramadan Tahap 2
Kraf Ramadan Terbuka
Jom Bercerita - Fadhilat Bulan Ramadan Terbuka
Warnai Suasana Ramadan Tahap 1
Kuiz Ramadan Terbuka
DIY Brooch Ramadan Terbuka
Permainan Congkak Terbuka
OGOS Pameran 'Harga Kemerdekaan' Terbuka
Deko Raya Terbuka
Flag Craft Tahap 1
Jom Sambung Cerita Terbuka
Reka Baju Raya Idaman Tahap 2
Bijak Matematik Terbuka
Aku Seorang Lanun Terbuka
DIY Doh Mainan Terbuka
Koleksi L. Ron Hubbard Terbuka
SEPTEMBER Pameran 'Malaysia Di Hatiku' Terbuka
Kraf Dari Straw Tahap 2
Lollypop Butterfly Terbuka
Bacaan Kegemaran Saya Terbuka
Seni Stensil Tahap 1
Jigsaw Puzzle: Peta Malaysia Terbuka
I Spy with My Little Eyes Terbuka
Permainan Saidina Terbuka
OKTOBER Pameran 'Sambutan Qurban' Terbuka
Hajj Craft Terbuka
Diorama Hajj Tahap 1
Jom Bercerita - Ibadat Haji Terbuka
Pertandingan Mewarna Sempena Raya Haji Tahap 2
Uji Minda Terbuka
Permainan I-Play Toy Terbuka
Origami: Tengkolok Terbuka
Koleksi L. Ron Hubbard Terbuka
NOVEMBER Pameran 'Perayaan Di Malaysia' Terbuka
Kraf Tahap 2
Kraf Terbuka
Jom Bercerita Terbuka
Mari Belajar Mewarna Tahap 1
Uji Minda Terbuka
Si Cilik & Sains Terbuka
Permainan Block Tower Terbuka
DISEMBER Pameran 'Cuti-Cuti Malaysia' Terbuka
Kraf Terbuka
Kraf Tahap 1
Jom Bercerita Terbuka
Mari Belajar Teknik Screching Tahap 2
Uji Minda Terbuka
Permainan I-Play Toy Terbuka
Permainan Dam Gergasi: Cuti-Cuti Malaysia Terbuka
Koleksi L. Ron Hubbard Terbuka
Penafian: Kakitangan perpustakaan boleh meminda tarikh dan aktiviti yang telah dirancang tertakluk kepada pindaan dan perubahan. Harap maklum.

Jom Kongsi Aktiviti!



As-Salam,

Jika anda mempunyai idea mengenai aktiviti/program untuk dikongsi bersama pembaca blog ini, sila emelkan artikel anda ke penyelia_m7@pnm.gov.my. Insyaallah saya akan respon dalam tempoh masa secepat mungkin. Sila lampirkan sekali bio mengenai anda [ bersama dengan alamat Blog, Google+ dan twitter / facebook ]

Kami amat mengalu-alukan perkongsian ini dan amat berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan. Blog PDTMM  juga berminat untuk membantu penulis lain mendapat pembaca terhadap artikel mereka dan seterusnya memandu pembaca ke blog si penulis.

** Blog Perpustakaan Desa PNM Zon 7 Melaka akan sedaya upaya akan membantu mempromosikan kembali blog anda

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh meninggalkan pertanyaan anda pada ruangan dibawah

Sekian, wassalam...

Keistimewaan Seorang Insan yang Bergelar Ayah


Selamat Hari Bapa


Assalamualaikum.
Saya ada menemui satu artikel ini. Saya ingin berkongsi kepada anda semua. Sebuah artikel mengenai keistimewaan seorang ayah. Saya pasti, semua orang mempunyai ayah bukan? Samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Ayah mahupun ibu tiada pengganti, sesaat kita dilahirkan, mereka tetap ibu dan ayah kita. Tiada sesiapa dapat mengubah kebenaran tersebut.
Pada suatu ketika, ada seorang anak kepada seorang wanita bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-kerut dengan badannya yang mulai terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.  Anak wanita itu bertanya kepada ayahnya:
 ‘Ayah, mengapakah wajah ayah semakin berkerut dan badan ayah makin hari makin terbongkok?’
 Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang santai di beranda.
 Ayahnya menjawab : ‘sebab aku lelaki’.
Hanya perkataan itu yang diungkapkan dari mulut ayahnya. Anak wanita itu seolah tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya lalu berkata,
 ‘aku tidak mengerti’
 Ayah hanya tersenyum lalu dibelainya rambut anak wanita itu dan terus menepuk-nepuk bahunya dan kemudian ayahnya berkata,
‘anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki’
 Anak wanita itu bertambah bingung.
 Kemudian anak wanita itu menghampiri ibunya pula lalu bertanya,
 ‘ibu, mengapa wajah ayah semakin berkerut dan badannya semakin hari semakin terbongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?’
 Lalu ibunya menjawab,
‘anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarganya  memang keadaannya sedemikian’
 Sehinggalah anak wanita itu meningkat dewasa tetapi dia masih mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi mengenai persoalannya sebelum ini.
 Hingga pada suatu malam, anak wanita itu bermimpi. Di dalam mimpi itu, seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata satu rangkaian kalimat sebagai jawapan kepada persoalannya sebelum ini.

‘ Saat ku ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia sentiasa akan menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan dilindungi.’

‘ Ku ciptakan bahunya yang kekar dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya’

‘ Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya’

‘ Ku berikan keperkasaan dan mental yang kuat  yang akan membuat dirinya pantang menyerah,demi keluarganya, dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan kerana tersiram hujan dan hembusan angin, dia relakan tenaga perkasanya dikerah demi keluarganya dan yang selalu dia ingat, adalah di saat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya.’

‘ Ku berikan kesabaran dan ketekunan yang akan membuat dirinya  selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun di setiap perjalanan hidupnya, keletihan dan kesakitan kerap kali menyerangnya.’

‘ Ku berikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, di dalam situasi apa jua sekalipun, walau anak-anaknya jarang melukai perasaan dan hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman dan saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang membuatkan dia berasa nyaman bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu menyayangi dan mengasihi sesama saudara.’

‘ Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan padanya dan menyedarkan bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa menemani dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isterinya agar tetap berdiri, bertahan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.’

‘ Ku berikan kerutan di wajahnya agar menjadi bukti bahawa lelaki itu sentiasa berusaha sekuat daya fikirannya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya boleh hidup di dalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan bahawa sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya demi kehidupan keluarganya.’

‘ Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga agar dapat digunakan sebaik-baiknya dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.’

Terbangun anak wanita itu dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa sehingga menjelang subuh. Setelah itu dia menghampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, dan ketika ayahnya berdiri, anak wanita itu mencium telapak tangan ayahnya sambil berkata ‘ AKU MENDENGAR DAN MERASA BEBANMU AYAH’.

 Mari kita kembali mengingati segala perngorbanan ayah kita yang tidak pernah meninggalkan kita sejak kita dilahirkan hinggalah kita meningkat dewasa. Terlalu banyak perngorbanan yang mereka lakukan samada kita tahu dan di luar pengetahuan kita. Kita sebagai anak, jangan sesekali membenci ayah kita, jangan sesekali menderhakanya padanya, jangan sesekali melukakan hatinya.
Jika anda merasakan ayah anda selalu mengongkong anda, ingatlah, satu hari nanti kaum adam yang sedang meningkat remaja ini juga akan menjadi seorang ayah. Mereka juga akan memikul tanggungjawab sebagaimana yang ayah mereka tanggung sebelum ini.
 Andai kata kita seorang ayah, mahukah kita melihat anak gadis kita disentuhi lelaki yang bukan muhrim? Mahukah kita melihat anak gadis kita berpeleseran di jalanan dan mahukah kita melihat anak kita menjadi seorang manusia yang tidak berguna pada masa akan datang? 
Jika tidak, hargai pengorbanan ayah anda, sayangi ayah anda sepenuh hati dan doakan mereka samada ketika mereka masih hidup atau yang telah meninggal dunia, sesungguhnya, mereka mengharapkan doa dari seorang anak yang soleh.. amin..

Sekian...

Thursday, June 13, 2013

Pertandingan Menulis Esei Jawi 2013

Pertandingan Menulis Esei Jawi 2013

Sila klik di sini untuk Syarat dan Borang Penyertaan Pertandingan Menulis Esei Jawi 2013.

Pertandingan Pembaca Terbanyak 2013 - Anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)


Sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan, sila hadir ke Perpustakaan Desa Taman Mas Merah atau ke mana-mana perpustakaan terdekat untuk untuk mendapatkan borang.

Borang juga boleh di MUAT TURUN.

Jadual Aktiviti Jun 2013

TARIKH MASA AKTIVITI PESERTA CATATAN
1.6.2013 - 30.6.2013 Spjg Hari Pameran I-Play Toy Terbuka
4.6.2013 (Selasa) 2.30 pm Buku Kegemaran Saya & Koleksi L. Ron Hubbard Tahap 1&2 Sila bawa alat tulis
5.6.2013 (Rabu) 2.30 pm Frame for Father's Day Tahap 1&2
6.6.2013 (Khamis) 2.30 pm Anda Ada 60 Saat Tahap 1&2 Sila bawa pensel warna, color magic, alat tulis hiasan, dsb
7.6.2013 (Jumaat) 3.00 pm No Sew Craft Tahap 1&2 Sila bawa pensel warna, color magic, alat tulis hiasan, dsb
15.6.2013 (Sabtu) 2.30 pm Kad Hari Bapa Tahap 1&2 Sila bawa pensel warna, color magic, alat tulis hiasan, dsb
22.6.2013 (Sabtu) 2.30 pm I-Play Toy Tahap 1&2 Sila bawa pensel warna, color magic, alat tulis hiasan, dsb
29.6.2013 (Sabtu) 2.30 pm Teka-Teki Tahap 1&2