Wednesday, June 19, 2013

Pakejan Maklumat?


Mungkin ramai yang kurang faham mengenai Pakejan Maklumat ini. Di sini kami kongsikan sedikit maklumat mengenai topik tersebut di atas.



Topik mengenai sesuatu perkara yang diperolehi dari pelbagai sumber termasuk buku, majalah, surat khabar, pangkalan data dan internet. Maklumat akan dikumpul dan dipakej untuk memudahkan rujukan pengguna.

Topik yang disediakan adalah berdasarkan kepada permintaan rujukan yang tertinggi diterima dari pengguna dan juga yang berkaitan dengan hal ehwal semasa.

Berikut merupakan tajuk-tajuk yang telah berjaya kami kumpul dan pakejkan untuk rujukan umum:- 

  • Perkembangan Bayi
  • Teknologi Hijau
  • Bencana Alam: Gempa Bumi
  • Bencana Alam: Tsunami
  • Tunku Abdul Rahman
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad 
  • Tun Abdul Razak
  • Pembuangan Bayi
  • Permainan Tradisional: Wau
  • Denggi
  • 1Malaysia
  • Majlis Melaka Bandaraya Bersejarah
  • Doa-doa Harian 
  • Kraftangan: Batik
  • NKRA Pendidikan
  • Bangunan Bersejarah: Kota 'A' Famosa
  • Bajet 2013
  • Haiwan Pupus & Terancam
  • Pasar Tani
  • Kesihatan: Cara Hidup Sihat
  • Gejala Sosial: Buli di Kalangan Pelajar Sekolah
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan koleksi Pakejan Maklumat yang disenaraikan, anda boleh mengunjungi Perpustakaan Desa Taman Mas Merah, Perpustakaan Desa Taman Jati, Batu Berendam Melaka atau Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong, Seksyen 2 Melaka bagi memenuhi keperluan rujukan anda.

Selain itu, kami turut mengalu-alukan cadangan tajuk Pakejan Maklumat daripada anda. Sila emelkan tajuk cadangan anda ke alamat emel kami pd_masmerah@yahoo.com. 

Sekian 



0 comments:

Post a Comment