Wednesday, September 25, 2013
LAPORAN: Program Kembara Malaysia
Permatang Duyong, 20 September - Usaha menanamkan semangat patriotisme hendaklah disemai dari usia muda terutama dalam usaha memupuk rasa kecintaan kepada negara. Dalam merealisasikan hasrat tersebut, Perpustakaan Desa PNM Negeri Melaka dengan kerjasama SK Seri Duyong telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Kembara Malaysia yang melibatkan kanak-kanak berumur 12 tahun yang telah selesai menduduki peperiksaan UPSR.
Pelajar tahun 6 ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Setiap sesi mempunyai 8 kumpulan yang terdiri daripada 8 orang ahli. Program Kembara Malaysia ini merangkumkan 4 aktiviti yang perlu diselesaikan mengikut masa yang telah diperuntukkan.
SUASANA AKTIVITI KEMBARA MALAYSIA (SESI 1)
SUASANA AKTIVITI KEMBARA MALAYSIA (SESI 2)
Pertandingan Pakaian Beragam (Pra Sek)
sempena Pesta Buku Melaka 2013
Anjuran : Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
Tarikh : 28 September 2013 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pentas Utama, Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh Melaka
SYARAT-SYARAT PENYERTAAAN :-
- Penyertaan adalah percuma.
- Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia berusia 4-6 tahun sahaja.
- Peralatan dan pakaian adalah tanggungan peserta sendiri. Peserta boleh menggunakan CD muzik sendiri untuk persembahan.
- Pakaian mestilah bertemakan “Cerita Rakyat Malaysia”.
- Juri berhak memotong markah mana-mana peserta yang tidak mengikut tema yang telah ditetapkan.
- Kreativiti pakaian yang dipakai dan cara untuk memperagakan juga diambil kira dalam pemarkahan.
- Pertandingan akan berlangsung pada jam 2.30 petang di Pentas Utama, Melaka Mall. Peserta diminta hadir 20 minit lebih awal untuk tujuan pendaftaran. Masa 3 minit diberikan untuk setiap persembahan.
- Keputusan juri adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
- Borang penyertaan boleh dihantar ke Perpustakaan Negeri atau di mana-mana perpustakaan yang terdekat.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 September 2013.
- Penyertaan adalah terhad kepada 50 orang peserta terawal sahaja.
SEGALA PERTANYAAN SILA HUBUNGI :-
Encik Suhaimi Bin Sarijan
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
242-1, Jalan Bukit Baru, 75150 Melaka
Tel : 06-2824859/06-2824861
Faks : 06-2824798
Pertandingan Pakaian Beragam (Tahap 1)
sempena Pesta Buku Melaka 2013
Anjuran : Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
Tarikh : 28 September 2013 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pentas Utama, Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh Melaka
SYARAT-SYARAT PENYERTAAAN :-
- Penyertaan adalah percuma.
- Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia berusia 7-9 tahun sahaja.
- Peralatan dan pakaian adalah tanggungan peserta sendiri. Peserta boleh menggunakan CD muzik sendiri untuk persembahan.
- Pakaian mestilah bertemakan “Recycle” iaitu dari bahan-bahan kitar semula.
- Juri berhak memotong markah mana-mana peserta yang tidak mengikut tema yang telah ditetapkan.
- Kreativiti pakaian yang dipakai dan cara untuk memperagakan juga diambil kira dalam pemarkahan.
- Pertandingan akan berlangsung pada jam 2.30 petang di Pentas Utama, Melaka Mall. Peserta diminta hadir 20 minit lebih awal untuk tujuan pendaftaran. Masa 3 minit diberikan untuk setiap persembahan.
- Keputusan juri adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
- Borang penyertaan boleh dihantar ke Perpustakaan Negeri atau di mana-mana perpustakaan yang terdekat.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 September 2013.
- Penyertaan adalah terhad kepada 50 orang peserta terawal sahaja.
SEGALA PERTANYAAN SILA HUBUNGI :-
Encik Suhaimi Bin Sarijan
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
242-1, Jalan Bukit Baru, 75150 Melaka
Tel : 06-2824859/06-2824861
Faks : 06-2824798
Monday, September 23, 2013
Saturday, September 21, 2013
Pertandingan Karaoke Bintang Cilik
sempena Pesta Buku Melaka 2013
Anjuran : Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
Tarikh : 28 September 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam - 10.00 malam
Tempat : Pentas Utama, Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh Melaka
SYARAT-SYARAT PENYERTAAAN :-
- Penyertaan terbuka kepada 25 orang peserta terawal iaitu tahap 2 (darjah 4, 5 dan 6).
- Pertandingan akan diadakan di Pentas Utama Kompleks Melaka Mall pada 28 September 2013 (Sabtu) jam 8.00 malam.
- Penyertaan adalah percuma.
- Konsep lagu adalah bebas.
- Peserta hendaklah membawa lagu karaoke dalam bentuk vcd/dvd sendiri.
- Peserta akan dinilai melalui vokal, persembahan, ketrampilan dan lain-lain.
- Peserta diwajibkan hadir selewat-lewatnya 1 jam lebih awal sebelum pertandingan bermula.
- Pihak penganjur berhak menukar syarat-syarat tanpa sebarang bantahan dari pihak peserta yang bertanding.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan barangan milik peserta.
- Borang penyertaan boleh dihantar ke Perpustakaan Negeri atau di mana-mana perpustakaan yang terdekat.
- Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 25 September 2013 sebelum jam 5 petang.
- Keputusan pengadil adalah muktamad.
HADIAH-HADIAH :-
HADIAH PERTAMA - RM 200.00
HADIAH KEDUA - RM 150.00
HADIAH KETIGA - RM 100.00
SAGUHATI - RM 50.00 X 3 PEMENANG
SEGALA PERTANYAAN SILA HUBUNGI :-
EN.ZULKIFLEE - 012-2678171
PN. SURAYA - 012-2453436
PN. JUNAINI - 012-6416335
Pesta Buku Melaka 2013
Anjuran : Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
Tarikh : 27 - 29 September 2013 (Jumaat - Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 10.00 malam
Tempat : Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh Melaka
Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Semua dijemput hadir.
Tuesday, September 17, 2013
Sisipan Info: 21 Cara 'Power'kan PC
Apakah caranya supaya anda bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan di samping memiliki desktop PC yang berkuasa tepat dengan selera anda?
Program Kembara Malaysia
Anjuran : Perpustakaan Desa PNM Zon 7 Melaka
Tarikh : 20 September 2013 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 12.15 tengahari
Tempat : SK Seri Duyong, Permatang Duyong
Program Kembara Malaysia merupakan aktiviti yang akan melibatkan 130 para peserta darjah enam yang telah selesai menduduki peperiksaan UPSR. Program ini bertujuan mengisi masa lapang kanak-kanak dengan aktiviti riadah yang berbentuk ilmiah sesuai dengan peringkat usia mereka selain membentuk jati diri di kalangan individu.
Sila rujuk LAPORAN yang disediakan.
Wednesday, September 11, 2013
Sisipan Info: 10 Tip Pilih Smartphone
SEBELUM MEMBELI TELEFON PINTAR, ANDA MESTI MEMILIKI BEBERAPA PENGETAHUAN ASAS UNTUK MENGELAKKAN PEMBELIAN ANDA DISIFATKAN SEBAGAI PEMBELIAN YANG KURANG BIJAK
Tiga perkara penting ini ialah asas pada sebuah peranti telefon pintar kenvensional. Semak dan catat beberapa maklumat penting bagi mengelakkan pembelian yang tidak sepadan dengan nilai yang dibayar.
1. KIRA-KIRA BAJET
Setiap orang memiliki bajet sendiri. Sama ada untuk memiliki telefon pintar bajet rendah, sederhana ataupun tinggi. Tetapi, meskipun anda mempunyai bajet sekitar RM 1000 hingga RM 1500 yang boleh dikategorikan sebagai sederhana, anda masih boleh membuat pilihan telefon pintar yang memiliki spesifikasi tinggi.
2. PILIH SISTEM OPERASI (OS)
Faktanya, telefon pintar dengan OS yang paling popular merupakan telefon pintar yang seringkali menjadi pilihan pengguna, tanpa melihat kepada keperluan dan kehendak seharian. Adalah lebih baik untuk anda melihat dulu fungsi dan kebolehan semua OS yang utama di pasaran.
Pro : Banyak pilihan peranti/perkakasan/aplikasi, stabil dan inovasi yang pantas.
Kontra : Sesetengah model tiada/lambat kemaskini serta ambil masa untuk tetapan, belajar dan selenggara.
Pro : Pilihan aplikasi yang banyak, eksklusif, dan mudah digunakan.
Kontra : Agak kurang mesra pengguna dan inovasi yang statik.
Pro : Lebih pengalaman integrasi aplikasi dan lancar dengan Xbox Music, Office serta SkyDrive.
Kontra : Katalog aplikasi serta komuniti pengguna yang masih terhad.
Pro : Mesra pengguna dan fleksibel.
Kontra : Masih belum stabli sepenuhnya dan pengguna yang masih terhad.
3. CIRI & FUNGSI PERANTI CIP
Anda disyorkan untukmemilih peranti dengan cip pemprosesan sekurang-kurangnya dua teras (core) kerana menawarkan jangka hayat yang lebih lama berbanding CPU teras tunggal. Buat masa sekarang, anda perlu ingat kerana anda sedang memilih untuk membeli PC yang kecil. Jika ada pilihan, terus pergi kepada peranti dua teras atau empat teras.
Sumber : Majalah PC
Friday, September 6, 2013
Treasure Hunt Sempena Pesta Buku Melaka 2013
Anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
Tarikh : 28 September 2013 (Sabtu)
Lokasi : Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh Melaka
Thursday, September 5, 2013
Jadual Aktiviti September 2013
TARIKH | MASA | AKTIVITI | PESERTA | CATATAN |
1.9.2013 - 30.9.2013 | Spjg Hari | Pameran Malaysia Di Hatiku | Terbuka | |
7.9.2013 (Sabtu) | 2.30pm 3.40pm |
Seni Stensil Buku Kegemaran Saya |
Tahap 1&2 | Sila bawa pensel warna dan color magic |
14.9.2013 (Sabtu) | 2.30pm 3.30pm |
Puzzle Peta Malaysia Lollypop Craft |
Tahap 1&2 | Sila bawa pensel warna, gunting & gam |
21.9.2013 (Sabtu) | 2.30pm 3.40pm |
Kraf dari Straw I Spy With My Little Eye |
Tahap 1&2 | Sila bawa pensel warna, color magic, gunting, gam, hiasan, dsb |
28.9.2013 (Sabtu) | 2.30pm 3.30pm 4.00pm |
Saidina Let's Count the Ladybug Uji Minda |
Tahap 1&2 | Sila bawa pensel warna, color magic, gunting, gam, hiasan, dsb |
Peta Lokasi PD PNM Zon 7 Melaka
Alamat : | Jalan Jati 7, Taman Jati |
---|---|
Batu Berendam 75350 Melaka | |
Penyelia : | Suria Muhamad |
H /P : | 012-3440774 |
Emel : | penyelia_m7@pnm.gov.my |
Pem. Perpustakaan : | Nurshahila Habib Mohamed |
H /P : | 012-6229455 |
Emel : | shilahabib@gmail.com |
Pem. Operasi : | Harainy Alwi |
H /P : | 012-6206750 |
Emel : | harainyalwi@yahoo.com |
Perpustakaan Desa Taman Mas Merah
Alamat : | Jalan Murni 5, Taman Mas Merah |
---|---|
Batu Berendam 75350 Melaka | |
Telefon : | 06-3174316 |
Emel : | pd_masmerah@yahoo.com |
Penyelia : | Suria Muhamad |
H /P : | 012-3440774 |
Emel : | penyelia_m7@pnm.gov.my |
Pem. Perpustakaan : | Norhaini Tambi Omar |
H /P : | 012-3741885 |
Emel : | hai_naz08@yahoo.com |
Pem. Operasi : | KOSONG |
H /P : | |
Emel : |
Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong
Alamat : | Jalan SD 2/11, Taman Seri Duyong Seksyen 2 |
---|---|
Duyong 75460 Melaka | |
Penyelia : | Suria Muhamad |
H /P : | 012-3440774 |
Emel : | penyelia_m7@pnm.gov.my |
Pem. Perpustakaan : | Zarini Mohd Zambri |
H /P : | 019-6254562 |
Emel : | zarinirini@yahoo.com |
Pem. Operasi : | Nor Hazrin Jaafar |
H /P : | 017-2990621 |
Emel : | norhazrinjaafar@yahoo.com |
Program Eid Mubarak 2013
Program Eid Mubarak anjuran Perpustakaan Desa, Perpustakaan Negara Malaysia (PDPNM) telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Ogos 2013 (Sabtu) yang lalu. Program ini merupakan program galakan membaca yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan dan seterusnya memaksimumkan penggunaan kemudahan yang terdapat di perpustakaan.
Antara objektif Program Eid Mubarak ialah mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama insan dalam mempertahankan perpaduan di semua peringkat secara berjemaah dan dapat menghidupkan suasana kemesraan di kalangan warga perpustakaan dan masyarakat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan melibatkan setiap lapisan masyarakat. Antaranya, Fesyenista Busana Raya, Simulasi Juadah Raya, Dekorasi Kek Aidilfitri, Futsal: Aidilfitri Stailo, Puding Semanis Lebaran, Anyaman Ketupat dan lain-lain.
Gambar Sekitar Program
Laporan berita dari Melaka Hari Ini