Saturday, September 21, 2013

Pertandingan Karaoke Bintang Cilik
sempena Pesta Buku Melaka 2013



Anjuran   : Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
Tarikh      : 28 September 2013 (Sabtu)
Masa          : 8.00 malam - 10.00 malam
Tempat    : Pentas Utama, Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh Melaka


SYARAT-SYARAT PENYERTAAAN :-

  1. Penyertaan terbuka kepada 25 orang peserta terawal iaitu tahap 2 (darjah 4, 5 dan 6).
  2. Pertandingan akan diadakan di Pentas Utama Kompleks Melaka Mall pada 28 September 2013 (Sabtu) jam 8.00 malam.
  3. Penyertaan adalah percuma.
  4. Konsep lagu adalah bebas.
  5. Peserta hendaklah membawa lagu karaoke dalam bentuk vcd/dvd sendiri.
  6. Peserta akan dinilai melalui vokal, persembahan, ketrampilan dan lain-lain.
  7. Peserta diwajibkan hadir selewat-lewatnya 1 jam lebih awal sebelum pertandingan bermula.
  8. Pihak penganjur berhak menukar syarat-syarat tanpa sebarang bantahan dari pihak peserta yang bertanding.
  9. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan barangan milik peserta.
  10. Borang penyertaan boleh dihantar ke Perpustakaan Negeri atau di mana-mana perpustakaan yang terdekat.
  11. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 25 September 2013 sebelum jam 5 petang.
  12. Keputusan pengadil adalah muktamad.


HADIAH-HADIAH :-

HADIAH PERTAMA - RM 200.00
HADIAH KEDUA - RM 150.00
HADIAH KETIGA - RM 100.00
SAGUHATI - RM 50.00 X 3 PEMENANG


SEGALA PERTANYAAN SILA HUBUNGI :-

EN.ZULKIFLEE - 012-2678171
PN. SURAYA - 012-2453436
PN. JUNAINI - 012-6416335

0 comments:

Post a Comment