Thursday, September 5, 2013

Program Eid Mubarak 2013


Program Eid Mubarak anjuran Perpustakaan Desa, Perpustakaan Negara Malaysia (PDPNM) telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Ogos 2013 (Sabtu) yang lalu. Program ini merupakan program galakan membaca yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan dan seterusnya memaksimumkan penggunaan kemudahan yang terdapat di perpustakaan.


Antara objektif Program Eid Mubarak ialah mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama insan dalam mempertahankan perpaduan di semua peringkat secara berjemaah dan dapat menghidupkan suasana kemesraan di kalangan warga perpustakaan dan masyarakat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan melibatkan setiap lapisan masyarakat. Antaranya, Fesyenista Busana Raya, Simulasi Juadah Raya, Dekorasi Kek Aidilfitri, Futsal: Aidilfitri Stailo, Puding Semanis Lebaran, Anyaman Ketupat dan lain-lain.


Gambar Sekitar Program



Laporan berita dari Melaka Hari Ini


0 comments:

Post a Comment