Wednesday, September 25, 2013

Pertandingan Pakaian Beragam (Pra Sek)
sempena Pesta Buku Melaka 2013



Anjuran   : Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
Tarikh      : 28 September 2013 (Sabtu)
Masa          : 2.30 petang
Tempat    : Pentas Utama, Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh Melaka


SYARAT-SYARAT PENYERTAAAN :-

  1. Penyertaan adalah percuma.
  2. Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia berusia 4-6 tahun sahaja.
  3. Peralatan dan pakaian adalah tanggungan peserta sendiri. Peserta boleh menggunakan CD muzik sendiri untuk persembahan.
  4. Pakaian mestilah bertemakan “Cerita Rakyat Malaysia”.
  5. Juri berhak memotong markah mana-mana peserta yang tidak mengikut tema yang telah ditetapkan.
  6. Kreativiti pakaian yang dipakai dan cara untuk memperagakan juga diambil kira dalam pemarkahan.
  7. Pertandingan akan berlangsung pada jam 2.30 petang di Pentas Utama, Melaka Mall. Peserta diminta hadir 20 minit lebih awal untuk tujuan pendaftaran. Masa 3 minit diberikan untuk setiap persembahan.
  8. Keputusan juri adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  9. Borang penyertaan boleh dihantar ke Perpustakaan Negeri atau di mana-mana perpustakaan yang terdekat.
  10. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 September 2013.
  11. Penyertaan adalah terhad kepada 50 orang peserta terawal sahaja.


SEGALA PERTANYAAN SILA HUBUNGI :-

Encik Suhaimi Bin Sarijan
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
242-1, Jalan Bukit Baru, 75150 Melaka
Tel : 06-2824859/06-2824861
Faks : 06-2824798

0 comments:

Post a Comment